Thursday, May 13, 2010

Pendidikan Akademi & Akhlak

Di dalam hati, kita sering menaruh harapan terhadap anak-anak. Tanpa disangkal lagi, banyak faktor luar yang turut menyumbang di dalam pembentukan kehidupan anak-anak. Walaubagaimanapun sebagai ibubapa, kita mampu memberikan kelebihan dititik permulaan kepada mereka sejak dari awal lagi.
'Mahu atau tidak , itulah persoalannya' ("To be or not to be, that is the question") kata-kata masyhur yang dipetik dari Hamlet oleh Shakespeare yang mana kita selalu bertanya pada diri kita dan terutamanya anak-anak kita. Apakah mereka akan jadi? Apakah yang kita inginkan mereka jadi? Yang penting sekali, apakah kita tidak ingin mereka jadi? Perbezaanya ialah, sejauh manakah kita sanggup berkorban untuk masa depan anak-anak kita.

Wednesday, May 12, 2010

Latih Tubi

Syarat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan ialah dengan menggunakan kaedah “pembelajaran output”, kebolehan untuk mengeluarkan dan menggunakan apa yang telah dipelajari. Ramai pelajar hanya melakukan pembelajaran input – membaca, belajar, menghafal dan mendengar adalah pembelajaran input. Inilah sebabnya ramai pelajar yang mendapat markah yang sederhana.
Untuk menyerlah, anak anda memerlukan pembelajaran output. Ketahuilah bagaimana kami melatih anak anda teknik pembelajaran output kami. Kami telah mengambil masa 4 tahun untuk membentuk satu kaedah pembelajaran output yang cukup komprehensif yang mana ianya telah direka mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
Kami akan membantu dan membimbing anak anda supaya Bersedia Menghadapi Peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A. Berlatih mencapai kecemerlangan, keinginan untuk berjaya adalah penting , tetapi keinginan untuk bersedia adalah lebih penting. Apabila tiba hari peperiksaan anak anda akan mengharungi cabaran dengan keyakinan dan mencapai kecemerlangan A.

Monday, May 10, 2010

Masalah Ibubapa

Masalah Ibu bapa:-
- Tidak dapat menilai pencapaian akademik anak anda;
- Tidak dapat memberi perhatian kepada kerja rumah dan ulangkaji anak anda;
- Tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan anak;
- Anak hanya membawa balik kad laporan 2 kali setahun;
- Kurang pasti akan persediaan peperiksaan anak anda;
- Anak anda menghadapi tekanan/ takut peperiksaan justeru hilang minat untuk belajar;
- Membelanjakan wang yang banyak tetapi anak masih gagal memperolehi keputusan diharapkan; juga Kekurangan interaksi ibubapa dengan anak-anak.

Sikap Pelajar

Sikap Para Pelajar:-


Merasa beban dan bosan untuk belajar cara konvensional yang hanya menggunakan buku sebagai medium menuntut ilmu;
Tiada motivasi untuk menjadi pelajar cemerlang;
Tiada minat untuk membaca buku dan membuat buku latihan;
Selalu menghabiskan masa di depan komputer dengan chatting, bermain game dan melawat laman-laman web yang tidak berfaedah; juga
Tidak mendapat perhatian ibu bapa yang sibuk bekerja.